Kerjaya kelab Marian Sarr

Kerjaya awal

Sarr memulakan kerjaya kelabnya dengan bermain di Schwarz-Weiß Essen kemudian berpindah ke Schalke 04 pada musim 2005-06 sebelum berpindah ke Bayer Leverkusen pada musim 2008-09. Beliua memasuki pasukan kedua kelab. Pada musim Regionalliga 2012-13, Sarr membuat sepuluh penampilan untuk Leverkusen II di posisi pertahanan pada separuh pertama musim 2012-13.

Borussia Dortmund

Sarr menandatangani kelab Borussia Dortmund pada musim 2012-13. Pada separuh kedua musim 2012–13, Sarr biasanya memasuki akademi Borussia Dortmund (bawah-19). Pada musim 2013-14. Sarr memasuki pasukan senior Dortmund oleh jurulatih Jürgen Klopp.

Sarr membuat debut untuk Borussia Dortmund II pada 20 Julai 2013, pada hari pertama musim 2013-14 di 3. Liga menentang VfB Stuttgart II. Sarr membuat debut di perlawanan Eropah pada perlawanan Liga Juara-Juara UEFA pada 11 Disember 2013 menentang Olympique de Marseille, pasukannya menang 2-1 dan layak ke pusingan seterusnya. Beliau membuat debut di Bundesliga pada pada 14 Disember 2013 menentang TSG 1899 Hoffenheim.